Thursday, November 22, 2012

Lokasi Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor ke-54

22.11.2012, Khamis - Disinilah tempatnya berlangsung Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar  yang diadakan buat julung kalinya di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor.  Balairong Seri Istana Besar Johor Baharu tidak dapat digunakan bagi istiadat ini kerana Istana Besar Johor Baharu masih lagi dalam proses baik pulih semenjak Januari 2011 dan dijangka siap pada Mei atau Jun 2013. Pada tahun ini Muar dipilih sebagai lokasi sambutan hari keputeraan baginda dan pelbagai program telah dijadualkan sempena sambutan ini yang bermula pada 21 November dan dijangka tamat pada 24 November ini.  Pada  pagi Sabtu ini, Tuanku Ibrahim akan ke Dataran Tanjung Emas, Muar untuk menghadiri Majlis dan Istiadat sempena pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor. 

Sumber :- Kesultanan Johor FB / Sendiri

No comments: