Friday, November 9, 2012

Tengku Fakhry Gagal Dalam Saman RN150 Juta

09.11.2012, Jumaat - Pada 07.11.2012 lepas Adinda kepada Al-Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah gagal dalam permohonan mengemukakan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pengawal Peribadi Sultan  Kelantan Asisten Superintendan Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Dato' Abdul Rahim Hanafi serta Pihak Polis berhubung penahanan salah (wrongfull detention) terhadap beliau pada Ogos 2009. Lima saksi plantif dan lima saksi defendan telah memberi keterangan sepanjang prosiding yang dijalankan semenjak 08 Oktober lepas. Tengku Fakhry yang diwakili oleh peguamnya telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof untuk membayar kos perundangan RM40,000.00 kepada Mahkamah. Hakim membuat keputusan ini diatas hujah Tengku Muhammad Fakhry tidak pernah dihalang keluar atau masuk Istana Mahkota, Kubang Kerian pada Julai 2009. Isu penahanan hanya membabitkan kereta Bently sahaja atas titah Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra yang kini bergelar Sultan Muhammad Ke-V.

Tengku Fakhry mendakwa bahawa beliau ditahan secara salah pada 30 Ogos 2009 di Perkarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan ketika sedang memandu kereta Bently Brooklands yang menggunakan nombor pendaftaran DBG 1.  Beliau mendakwa memandu kenderaan berkenaan atas arahan Sultan Ismail Petra yang mahukan kereta itu dihantar ke Singapura iaitu tempat baginda mendapatkan rawatan perubatan, namun dihalang oleh pihak polis atas arahan Norazman Ismail dan Dato' Abdul Rahim Hanafi.  Beliau juga mendakwa telah ditahan selama satu jam oleh pihak polis sebelum dibenarkan keluar daripada Istana Mahkota tanpa membawa kereta berkenaan.

Sumber :- Beerita Harian / The sun

No comments: