21.11.2012, Rabu - Bertambahlah lagi koleksi untuk Maharum Bugis Syah Mini Royal Library, Rawang Residence. Lepas balik kerja pada hari Ahad lepas Syah ke Bukit Bintang kerana ternampak dalam facebook Ku Nain dia ada beli buku kat jualan buku di Bukit Bintang Plaza. Macam biasa, Syah ke BB naik Bas Rapid Go KL yang percuma tu. Sampai jer BB Plaza Syah jalan-jalan sekejap dan kemudiannya Syah ke kaunter pertanyaan bertanya dimana jualan buku tu. Receptionist tu informed Syah tempatnya dan memang banyak buku-buku lama yang dijual dengan harga RM10.00 dan RM15.00.
Akhirnya Syahpun belilah tiga buah buku dengan harga RM15.00 sebuah dan semuanya RM45.00. Buku-buku seperti ini mungkin ada jual di AMCorp Mall setiap Sabtu dan Ahad tetapi mungkin harganya lebih mahal daripada harga asalnya kerana sukar untuk dicari. Buku Queen Mothers dan A Royal Family tu cofee table book dan memang berat. Tu lah sebabnya rabak beg sangkut Syah kerana berat sangat isinya. Sebab tu Syah beli beg baru semalam dengan harga yang sangat murah RM29.99. By the way, buku Queen Elizabeth tu kecil jer. Bertuah rasanya dapat buku-buku macam nie .......... Awesome sangat.
No comments:
Post a Comment