Sunday, November 11, 2012

Catatan Hari Ini

11.11.2012 Ahad - Salam dan Selamat Pagi semua.  Syah harap anda semua sihat dan menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang.  Pagi tadi Syah lewat sedikit bertolak ke LRT kerana hari Ahad mereka buka jam 08:00hrs.  Kebetulan setiap Ahad pagi di area KL Residence Syah diadakan Pasar Tani Danau Kota dan Syah singgah sekejap untuk tapaw breakfast dan lunch kat office nanti.  LRT Station dan Pasar Tani nie diarah yang berbeza tetapi takapalah jalan kaki lebih sedikit pagi nie kira exercise lah.  Pagi tadi Noami dan Blackie buat hal pula.  Bangun jer Syah tengok ada macam najis kucing kat atas lantai.  Alamak terpaksalah Syah cuci dan mop.  Sebentar tadi Muss call dan katanya itu bukan najis kucing tetapi muntahnya.  

Pagi nie juga Syah bagi Noami, Blackie dan Hamster makan dan bersihkan najis mereka sebelum Syah mandi tadi. Inilah dia kucing Syah si Hamster, kucing jantan yang obes....hehehhehe.  memang besar Hamster nie dan kalau tengok live memang terperanjat kerana saiznya tak seperti kucing biasa.  Hamster nie jarang dikeluarkan coz my brother Muss letakkan dia dalam sangkar  sebab dia nie nakal sedikit manakala Noami dan Blackie Muss lepaskan dalam rumah. Pagi tadi disebabkan tak ada orang lain kat rumah nie dengan tiga ekor kucing nielah Syah bercakap.  Betul, kalau anda bela kucing tentu anda faham apa yang Syah cakapkan nie.  Budak hitam dua ekor tu kucing betina dan kalau Syah bercakap dengan dia Syah akan panggil mereka Kakak, e.g  Kakak dah makan dah? ha cam tu ler.

Inilah dia breakfast Syah pagi nie yang beli kat Pasar Tani Danau Kota pagi tadi.  Syah beli Keropok Lekor dan Meehon Goreng manakala buah tu standby untuk kudap-kudapan bila perut rasa lapar nanti. Lunch nanti Syah dah beli Bubur Lambuk Kampung Baru kat Pasar Tani tu juga tadi.  Sat lagi baru nak mamam.  Oklah semua time to sambung kerja semula dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............. Byeeeeeeeeeeeee


No comments: