Saturday, November 17, 2012

Rakyat Jordan Tunjuk Perasaan Mahukan Raja Abdullah Turun Tahta

17.11.2012, Sabtu - Semalam 16.11.2012 Beribu-ribu orang menunjuk perasaan dan berarak beramai-ramai di Amman, Jordan menuju Istana Diraja Jordan untuk mengesa Raja Abdullah II meletakkan jawatan dan turun tahta ekoran kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini.  Pihak berkuasa terpaksa mengadakan kawalan ketat untuk menghalang penunjuk perasaan yang berang daripada berarak dari Masjid Husseini ke Istana Diraja yang jaraknya hanya 5 batu sahaja.  Mereka berarak dan memegang kain rentang dengan slogan "Bermain dengan harga bermakna bermain dengan api", " Ini adalah pemberontakan sebenar menentang rasuah" dan "Tidak ada pembaharuan tanpa perubahan dalam politik dan ekonomi".Agensi berita AFP menganggarkan 10,000 orang terlibat dalam demonstrasi ini tetapi pihak penganjur menganggarkan seramai 25,000 menyertai tujuk perasaan ini.  Timbalan Ketua Pembangkang Ikhwan Muslimin, Zaki Bani Rsheid dalam kenyataannya kepada AFP memakklumkan bahawa semakin ramai akan menyertai tunjuk perasaan ini kerana dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menolak tuntutan rakyat. Katanya keadaan ini tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan Raja Abdullah dan perubahan harus dilaksanakan segera sebelum iannya terlambat.

Para penunjuk perasaan menyatakan mereka telah merancang satu lagi tunjuk perasaan pada jam 19:00hrs berhampiran Kementerian Luar tetapi apabila tiba masanya hanya 100 orang sahaja yang hadir.  Kawasan berkenaan telah dikawal ketat oleh 2000 anggota polis anti rusuhan manakala 200 orang penyokong setia kerajaan beraja Jordan bertembung dengan kumpulan perusuh anti kerajaan menyebabkan kumpulan perusuh bersurai. Tunjuk perasaan bukan sahaja berlaku di ibu negara Jordan, Amman tetapi juga berlaku di beberapa tempat lainnya seperti di Kem Pelarian Palestin di Baqaa, Bandar Tafileh, Karak dan Selatan Maan serta Irbid dan Jerash hingga ke kawasan utaranya. Rasa tidak puas hati ini berpunca daripada pengumuman kenaikan 53% harga gas isi rumah dan 12% harga minyak Petrol. Gambar diatas menunjukkan para penunjuk perasan mengibarkan bendara yang tertera gambar Wira Revolusi Cuba, Che Guevara.

Disebabkan masalah yang melanda Jordan ini, Raja Abdullah telah membatalkan lawatan rasminya ke Britain yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan dan perkara ini telah disahkan oleh Menteri Luar Britain.   Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hallary Clinton pula telah membuat panggilan telefon kepada Raja Abdullah untuk menyatakan pendirian Amerika yang berdiri teguh dibelakang Jordan. Menurut pihak istana diraja, Clinton juga telah memberikan pelan cadangan reformasi politik dan ekonomi untuk Jordan serta menekankan betapa pentingnya perkongsian diantara Jordan-USA. Pihak Washinton yang membuat pantauan terperinci berhubung isu ini menasihatkan agar warganegaranya menjauhkan diri daripada penunjuk perasaan.  Arab saudi pula mengesa agar rakyatnya yang berada di Jordan agar tidak terlibat menyertai sebarang perhimpunan awam yang dianjurkan oleh pihak perusuh.

Sumber :- Agensi Berita AFP

No comments: