Tuesday, November 6, 2012

Sambutan Hari Ulangtahun Ke-88 Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah

06.11.2012, Selasa - Pada malam 31.08.2012 lepas Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin telah diraikan dalam satu majlis sambutan harijadi di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.  Sambutan hari ulangtahun  ke-88 bekas Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Bekas Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ini dihadiri oleh kaum kerabat dan teman rapat baginda. Penyanyi Adibah Noor telah diberikan penghormatan untuk menghiburkan baginda dan para tetamu disamping persembahan khas daripada sembilan orang cucunda Tuanku Najihah  dan seorang cucunda menantu baginda yang berpakaian hitam dan cermin mata hitam ala-ala "Man in  Black".  Mereka membawakan lagu dari kumpulan The Beatles iaitu All my lovin dan  I want hold your hand serta sebuah lagu daripada kumpulan Blues Geng, Apa nak di kato.  Tuanku Najihah diputerikan pada 01.09.1924.  Syah mendoakan agar Tuanku Najihah diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.  Amin.

Sumber :  Malaysian Tattler 

No comments: