Thursday, November 29, 2012

Tuanku Halim Lancarkan Buku Biografi Baginda - The Return

29.11.2012, Khamis - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan melancarkan buku biografi baginda bertajuk "The Return". Buku ini memaparkan sejarah hidup dan pemikiran baginda yang telah mencipta sejarah buat julung kalinya sebagai seorang Sultan yang dilantik menjadi  Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-V (lima) semasa berusia 43 tahun pada 21.09.1970 hingga 20.09.1975 dan kali keduanya pula dalam usia 85 tahun pada 13.12.2011 lepas untuk tempoh lima tahun lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XIV (14).  

Buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris ini didatangkan dengan 226 muka surat hasil usaha seorang Kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Datuk Dr Sofiah Jewa dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.Tunku Sofiah merupakan anak saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama dan juga sepupu kepada Tuanku Abdul Halim.  Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara serta penulis berbakat yang telah menerbitkan beberapa buku falsafah undang-undang.

Majlis diadakan di Istana Negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan suami kepada Tunku Sofiah, Datuk Yaakob Merican sebagai wakil beliau, dif-dif kehormat dan kerabat diraja.  Dalam majlis pelancaran ini, para hadirin dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional Melayu.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber :- Bernama / as-Salihin

2 comments:

Unknown said...

shah...baru2 ni Tuanku ada melancar kan sebuah lagi buku biografi baginda....tapi,saya x ingat apa judul buku tu....

Unknown said...

Assalamualaikum shah..... baru2 ni saya ada tengok di tv tuanku ada melancar kan sebuah lagi buku biografi baginda.tapi,dah lupa judul buku tu....buku the return ni saya dah beli ada jual kat kedai buku 1 Malaysia.shah.... dah ada buku tuanku abdul halim a royal journey?