25.11.2012, Ahad - Salam dan Selamat Pagi Semua. Sekarang jam 07:28hrs dan Syah sedang bersiap untuk ketempat kerja kerana nak uruskan payment budak-budak SL1M yang perlu dihantar pada minggu pertama Disember nanti. Disebabkan bayaran secara manual, banyak sedikit prosesnya untuk membuat bayaran kepada 113 peserta. Syah tak dapat figure sebenar lagi tetapi kena prepare awal Direct AP form untuk mereka. Biasanya minggu pertama baru dapat final schedule payment mereka. Kalau nak tunggu masa tu baru nak buat memang tak sempat dan lambatlah jawapnya mereka dapat elaun. By the way hujung bulan nie last day peserta SL1M nie dan tak tahu bila akan ada lagi,. Oklah Syah kena gerak sekarang sebab nak tunggu bas jam 08:00hrs. Jumpa lagi yeaaaaaaaa ...............byeeeeeeee
Update :-
Nasib tak begitu baik hari nie bas lambat dekat jam 08:30hrs baru sampai. Lenguh berdiri menunggu bas. Apa-apapun shukur alhamdulillah walaupun lambat sebab bas ada daripada tak ada langsung ........... menapaklah sejam ke Pekan Rawang jawabnya. Heehehhe .......... Nasib badan dan salah sendiri sebab tak boleh bawa kereta walaupun kereta ada menjalar depan rumah walaupun kecil tetapi tetap menjalar kan?. Sebab bas lambat Syah terlepas train dan turun jer bas dan tak sempat nak beli tiket komuter dah jalan. Lepas tu Syah beli kuih sementara tunggu next train jam 09:15hrs. Tak ada pilihan, Syah beli gak kuih kat satu kedai tu walaupun nampak ada lalat sekor dua berterbangan. Syah ambil kuih yang sebelah bawah sekali untuk alas perut makan ubat dalam komuter lagi. Masa tunggu train, ada seorang Pak Cik nie tegur Syah macam ramah sangat sampai tanya kerja mana lah ...bla..bla.. bla... Syah perasan dia perhatikan Syah masa kat gerai depan KTM masa turun bas dan Syah buat tak tahu jer sebab memang tak kenal, nak kata dia pembaca blog Syah, dia tak informed pun. Tak apalah ...... orang buat baik kat kita kita buat baik kat dia balik tetapi hati-hati orang yang kita tak kenal terutamanya sekarng nie.... takut kes pukau, ugut dan sebagainya. Masa naik escalator di KL Sentralpun dia tegur dan kata turun sini kan, ialah kerja Bangsarkan dan Syah senyum sahaja.
Di Kl Sentral Syah haus dan beli Milk Shake Vanilla kat McDonald's dan kemudiannya beli Mamee Instant Noodles untuk lunch nanti. Sebelum masuk LRT tersinggah kejap kat Burger King yang terletak bersebelahan LRT dan SYah beli Set Burger Grill Chicken sebab ada offer RM6.30 dan harga asal RM13.00 tak silap Syah. Dah lama tengok iklan tu tetapi ada asterisk tulis limited time only. Hari nie orang tak ramai dan Syah tanya kat kaunter tu offer dia waktu bila dan staff tu kata bila-bila masa ada. Kalau orang ramai memang Syah tak tanya sebab malulah kalau dah beratur tak beli. Syah jarang makan kat Burger King nie. Sedap burgernya, Ialah grill kan? dan rasanya tak berminyak sangat. Last makan Burger King nie beberapa bulan lepas ada member belanja Syah. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Jangan lupa habiskan cuti hari minggu anda semua untuk mengeratkan lagi hubungan siliturahim diantara anda dan keluarga atau orang tersayang dengan merancang aktiviti yang berfaedah untuk kebaikan bersama. Jumpa lagi ................ Byeeeee
Update :-
2 comments:
ktm terbaik..
lg2 ktm rawang
Post a Comment