07.11.2012, Selasa - Hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah mempengerusikan Mesyuarat ke-230 Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mesyuarat pada hari pertama ini dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Kedah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Perak diwakili oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Pahang diwakili oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh dan Johor diwakili oleh Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing kecuali Al-Sultan Kelantan diiringi Timbalan Menteri Besar baginda, Dato' Ahmad Yakub manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment