21.11.2012, Rabu - Akhirnya dapat juga jumpa Kak Sal hari nie. Ikut pelan asal kami nak jumpa dia dirumahnya tetapi pagi tadi dia SMS Syah katanya :-
Kak Sal masuk wad balik kul 1am demam n doktor kata sel darah putih Kak kurang takut jangkitan kuman kak ada dh.selayang wad tkt9a katil 11.
Kak Sal baru sahaja disahkan breast cancer stage 3. Asalnya ada ketulan dibuah dada Kak Sal setahun lepas tak silap Syah, tetapi dia tak operate dan buat perubatan secara tradisional katanya susu beku (ketulan tu). Balik dari Umrah sebelum musim haji hari tu, ketulan tu pecah dan dia refer kes nie di Hospital Pakar Selayang dan kemudianna disahkan Kanser Payudara Stage 3. Disebabkan ketulan tu sudah pecah, doktor tak operate cuma minta Kak Sal buat dressing hari-hari dan buat kimo. Disebabkan kejadian hari nie, kimo yang dijadualkan pada 27 November nie ditangguhkan buat sementara waktu. Kimo tak silap Syah Kak Sal kata tadi mengambil masa 5 atau 6 bulan. Setelah selesai sessi kimo baru doktor akan buat decision samada hendak operat atau tidak. Untuk treatment hari nie Kak Sal kata doktor masukkan antibiotik sahaja supaya tak terkena sebrang jangkitan memandangkan darah putih Kak Sal semakin berkurangan. Walaupun baru sekali buat kimo Kak Sal kata rambutnya sudah mula gugur. Kat hospital tadi Syah nampak banyak rambut Kak Sal pada blanketnya.
Nampak macam orang tak sakit sebab kata Kak Sal kalau kita sakit tak perlu tunjuk kat orang kita sakit. Nampak cekal hati Kak Sal menghadapi dugaan yang amat besar nie. Nak menangis rasanya Syah tengok keadaan dia tetapi Syah taklah tunjukkan kesedihan tu takut nanti dia lagi sedih pula, Syah simpan dalam hati jer. Masa we all hendak balik, nurse datang hendak buat dressing.
Syah melawat Kak Sal tadi bersama Kak Hasmah Mohd Ali, Ab Razak Ibrahim dan Rohizad Ismail. Sepatutnya Suzana Darin dan Kak Aida hendak follow tetapi Kak Aida ada training hari ini, manakala Suzana pula bosnya ada dan tak dapat keluar. Azlina pula replace secretary Chairman TM. Abdul Hamid Hashim pula join lewat dan datang sendiri dan tak ikut kami sebab dia ada meeting. Tadi Syah minta Abang Razak hantar Syah balik Rawang Residence Syah kerana Azrin informed pintu pagar Syah terbuka. Syah pula tak boleh suruh dia tutupkan pagar tu kerana pagar tu Automatic Gate dan terpaksalah Syah balik. Tak tahu macam mana boleh terbuka . Mungkin masa simpan remote controll gate dalam seluar Syah, punat remote controll tertekan kot? Adoi. ada-ada jew kan.heheheheh
Sebelum sampai ke rumah, we all lunch kat Batu 16, Rawang dan Kak Hasmah belanja. Abang Razak memang biasa datang rumah Syah tetapi Kak Has dan Izat 1st time datang. Adalah lima minit lepak lepas tu kami beredar balik ke office. Balik office kami guna highway sebab hendak sempat sampai dan Kak Has bayarkan. Actually dah lama tak jumpa Kak Has semenjak dia bertukar ke Shah Alam. Ballance toll Kak Has bagi kat Syah dan katanya boleh guna beli pisang goreng......... Kak Has, Kak Has .......... heheheh
Hari nie penat sangat kerana sampai Residensi Kak Lang Ellapun sudah hampir Insyak sebab jalan gem sangat dan naik rimas Syah dalam bas tu. On the way balik beli air dan sampai Residensi Kak Lang Ella Syah makan kuih kasui dan apam kukus nona manis yang Kak Lang Ella buat sendiri. Kak Lang tanya tak nak makan nasi ker dan Syah cakap tak nak. Ok lah semua, sekarang sudah jam sebelas malam dan Syah hendak tidur. Jumpa lagi yer...............
No comments:
Post a Comment