Friday, November 9, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei

09.11.2012, Jumaat - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Perkahwinan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Pasangannya  Wong Mew Choo.  Majlis diadakan di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berangkat masuk ke majlis diiring oleh Tuanku Hajah Haminah dengan imej terbaru baginda yang kini berhijab. Tidak ketinggalan kelihatan Perdana Menteri yang amat kita kasihi, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut serta menhgadiri majlis ini adalah Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet lainnya seperti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.  

Pasangan pengantin memasuki Dewan KLCC hampi jam 20:30hrs dengan diiringi lagu romantik "colours of the Wing" nyanyian  Vanessa Williams. Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan menggunakan busana berbeza dimana Chong Wei mengenakan suit bewarna biru manakala Mew Choo bergaun warna merah. Video pendaftaran perkahwinan mereka juga ditayangkan dalam majlis ini walaupun pasangan ini sebelumnya merahsiakan tarikh pendaftaran perkahwinan mereka kepada umum. Majlis yang bertemakan warna keemasan serta dihiasi bunga-bunga putih ini dihadiri oleh 1,000 orang tetamu dan berakhir jam 22:00hrs.  Tahniah Syah ucapkan diatas perkahwinan dua selebriti sukan negara ini semuga kekal abadi hingga keakhir hayat.

Sumber :- Bernama

No comments: