23.11.2012, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua dan apa khabar anda pagi nie. Hari nie Syah cuti dan baru sampai di Kak Lang Residensi jam 11:00hrs tadi. Syah cuti sebab nak spend time dengan Bonda Saudara Syah, Bonda Ejone yang datang dari kampung, mungkin esok dia balik kampung semula. Sekejap lagi nak gi Masjid untuk Solat Jumaat. Perjalanan pagi nie ok cuma ada masalah masa hendak beli tiket. Perkara ini sering berlaku sekarang nie terutamanya apabila Kad Komuter 1 Malaysia diperkenalkan. Bagi yang tak beli tiket mingguan kami terpaksa beratur dikaunter untuk beli tiket dan kaunter yang buka hanya satu sahaja. Tak semua orang hendak beli tiket mingguan terutamanya yang tak hari-hari naik komuter.
Petang semalam pun Komuter ke Rawang lari dari schedulenya dan end-up dengan komuter yang six car pax tu penuh macam ikan sardin. Kalau mereka ikut schedule dan on time perkara seperti ini tak berlaku. Banyak yang merungut semalam, dan ada Syah dengar mereka kata macam back to normal balik komuter nie. Maksudnya dulu masa tak ada komuter 6 coach cuma ada 3 sahaja dan memang macam ikan sardin walaupun komuter on time tetapi semenjak komuter enam gerabak diperkenalkan taklah ada masalah berhimpit macam biasa tetapi semalam jadi back to normal coz scheduled komuter lari menyebabkan penumpang semakin ramai. Maksud Syah penumpang dua komuter terpaksa naik satu komuter, bayangkan.........
Apa-apapun perkhidmatan komuter semakin memuaskan sekarang berbanding dahulu cuma mereka kena cari jalan sedikit untuk memperbaiki lagi perkhidmatan mereka.Teknikal problem tu biasalah tetapi kalau boleh janganlah terlalu kerap berlaku. Apa-apapun terima kasih KTM kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada kami dan terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia yang meringankan sedikit beban kami dengan memperkenalkan Kad Komuter 1 Malaysia dengan 50% diskaun tiket Komuter.

1 comment:
nak beli tiket mingguan lah..nyesal x beli td..sob sob sob
Post a Comment