Thursday, November 22, 2012

Gelaran Anakanda Sultan Johor

22.11.2012, Khamis - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) kepada lima orang anakanda baginda dalam satu Istiadat    Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Keputeraan baginda ke-54 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor.  Selain daripada YAM Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar yang menerima DK1, anakanda-anakanda baginda yang lain adalah :- 


YAM Tunku Aminah kini bergelar Tunku Tun Aminah


YAM Tunku Abdul Jalil kini bergelar Tunku Laksamana Johor


YAM Tunku Abdul Rahman kini bergelar Tunku Panglima Johor


YAM Tunku Abu Bakar kini bergelar Tunku Putera Johor

Sumber :- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Maaf Ku..
Sekiranya Tunku Bendahara, Tunku Idris Iskandar yang Ku maksudkan sebagai anakanda Sultan Ibrahim, maka gelarannya ialah Tunku Temenggong Johor. Tunku Bendahara Johor ialah Tunku Abd. Majid Idris Almarhum Sultan Iskandar, adinda tiri Tuanku Sultan Ibrahim.

tengkusyah said...

Salam, Yer Syah tersalah tulis dan sudah Syah betulkan.