Friday, November 23, 2012

Raja Permaisuri Agong Menang Perlawanan Persahabatan Triple Wanita Kejohanan Boling Padang

23.11.2012, Jumaat - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli merasmikan kejohanan boling Padang Piala Toh Puan Sagiyah Terbuka Kebangsaan Wanita 2012.   Kejohanan yang diadakan di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara ini bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 25 November 2012. Paling menyeronokkan, Tuanku Hajah Haminah sendiri menyertai perlawanan persahabatan "Triples Wanita" yang diadakan pada hari ini. Perlawanan persahabatan ini adalah diantara Pasukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menentang pasukan Toh Puan Sagiyah Salikin dan pasukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menang 3-1.  Tahniah diucapkan kepada Tuanku Hajah Haminah dan pasukannya.

Pasukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut disertai oleh   penyelaras protokol kejohanan ini, Tengku Datin Seri Noor Hazah dan pemain remaja boling padang, Nor Fidreh Noh.  Turut serta dalam majlis perasmian adalah Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Pada kejohanan kali ini seramai 36 pasukan terdiri daripada pasukan dari negeri-negeri seluruh Malaysia, universiti dan kelab bertarung untuk menjadi juara.  Kelihatan Tuanku Hajah Haminah sedang beraksi dipadang pagi tadi.

Sumber :- Bernama

2 comments:

oni.asyraf said...

Alhamdulilah...cantik sunggu Tuanku Hajjah Haminah berhijab...Moga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik dan limpah rezeki kpd Tuanku Hajjah...

tengkusyah said...

Amin