Wednesday, November 28, 2012

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Menerima MEngadap Tengku Puan Pahang dan Princess Benedikte

28.11.2012, Rabu - Pada hari Isnin lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar dan Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark iaitu adinda kepada Her Majesty Queen of Denmark. Majlis diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Dalam majlis ini Tengku Puan Pahang yang merupakan Penaung Diraja Pandu Puteri Asia Pasifik telah menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Lencana Major Donor di atas sumbangan Baginda kepada kemajuan Pandu Puteri Dunia (The World Association of Girl Guides and Girl Scouts). Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark selaku Penaung Diraja Persatuan Olave Baden Powell (OBPS) telah menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Lencana Keahlian OBPS.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

No comments: