Thursday, November 22, 2012

Lima Anakanda Sultan Johor Terima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama

22.11.2012, Khamis - Sempena sambutan ulangtahun ke-54 Sultan Johor yang disambut hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) kepada lima anakanda baginda. Pagi tadi kelima-lima anakanda baginda iaitu Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar telah mengetuai senarai 404 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor. Tahniah diucapkan kepada kelima-lima anakanda Tuanku Ibrahim diatas penganugerahan DK1.

Sumber :- Kesultanan Johor

No comments: