Wednesday, November 7, 2012

Lelaki Yang Didakwa Kerana Menghina Sultan Johor Ditahan Semula

07.11.2012, Selasa - Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Sharif  di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor (IPK) semalam memaklumkan bahawa Seorang lelaki berusia 27 tahun yang telah didakwa kerana menghina Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dilaman sosial Facebook pada 12 Oktober lepas telah dibebaskan tetapi ditahan semula oleh pihak Polis Johor semalam.  Lelaki berkenaan telah ditahan pada 02.11.2012 bersamaan hari  Jumaat lepas dibawah akta hasutan 1948 tetapi dibebaskan pada 06.11.2012 kerana pihak polis gagal mendapatkan lanjutan tempoh reman lelaki berkenaan. Walau bagaimanapun beliau telah ditahan semula sebaik sahaja dibebaskan bagi membantu siasatan polis dibawah seksyen 233 (1) (b) akta komunikasi dan multimedia 1998. 

No comments: