13.11.2012, Selasa - Salam dan Selamat Malam kepada semua dan apa khabar anda hari nie. Syah macam tak sihat sedikir sebab rasa badan lemah, mual dan pening kepala since petang tadi. Tak tahu mengapa tetapi mungkin, mungkinlah agaknya asik mengadap komuter dari pagi buat kerja office kat Residensi Kak Lang Ella di Ampang membuatkan Syah rasa tak selesa. Pagi tadi Syah ambil Oat 3 in 1 kemudiannya temankan Firdaus breakfast tetapi Syah lah yang belanja anak saudara Syah tu walaupun Ayahnya dah tinggalkan dia RM70.00 untuk belanja makan dia. Tak apalah lagipun dia bukannya dah kerja pun still belajar lagi. Syah minum jer dan kemudiannya beli biskut untuk kudapan sambil buat kerja. Lepas tu ke pasar beli tempe. Petang tadi Syah goreng tempe dan fries untuk minum petang. LEpas tu sambung kerja dan kepala Syah mula sakit dan badan rasa lemah dan mengantuk. Lalu SYah baring sekejap dan tertidur ayam jew.... Memang sakit kepala sangat dan Syahpun mandi. By the way dari pagi tadi tak mandi sebab kat taman nie tak ada air since malam tadi. Lepas solat Insyak Syah ajak Firdaus dinner kat kedai tomyam. Syah makan Mee Goreng, Sup Ayam dan Horlic O Panas manakala Firdaus Nasi Goreng Ayam dan Milo Ice, semuanya RM15.00. Lepas makan bawa balik tulang ayam untuk bagi kat kucing Kak Lang Ella. hari nie Syah tak kemanapun sebab tak sihat. Actually kalau ikut plan Syah hendak ke kedai 99 belikan makanan kucing tetapi dah sakit kepala dan lemah-lemah badan tak jadi pergi petang tadi.
Sebenarnya hari nie banyak yang menyedihkan Syah, Pertama mengenangkan banyak kawan-kawan Syah yang sudah tak sihat, ada sahaja penayakit yang datang. Izat ada masalah piles, Semalam member Syah Kak Sal call informed dia confirmed brest cancer stage 3 dan sedang menjalani rawatan kimo, dalam lif terjumpa member yang informed Kak Zah sudah meninggal kerana masalah kesihatan yang dialaminya, Semalam pula Kak Bedah jumpa Syah informed dia last day kat TM sebab dah pencen dan macam-macam lagilah............. Ialah dulu tak ada masalah seperti ini pada kawan-kawan Syah kerana masing-masing masih muda dan bila usia semakin meningkat macam-macam jadi? Apa-apapun itu sudah takdir yang ditentukan untuk kita tetapi kita harus berusaha berbuat sebaik mungkin untuk diri kita dan jangan cepat mengalah. Syah mendoakan agar semua kawa-kawan Syah berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan mereka, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disembuhkan dari segala penyakit dan diberikan kesihatan yang baik. Al-Fatihah untuk Kak Azizah Rahmat semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Ok semua ........... sehingga berjumpa lagi dilain entry. Selamat Malam, semuga dibuai mimpi-mimpi yang indah.
No comments:
Post a Comment