Monday, November 19, 2012

Pemangku Raja Perak Hadiri Majlis Perasmian Muzakarah Ulama dan Cendikiawan Islam 2012

19.11.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri Majlis Perasmian Muzakarah Ulama dan Cendikiawan Islam 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.  Dalam majlis ini juga, baginda telah melancarkan buku Lu'lu'lil Mu'minin  yang disusun oleh Dr Muhammad Zulkifli Al-Bakri dan buku Dirinya Sendiri Menjawab karya Mokhtar Jamil.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Besar Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sumber :- Bernama

No comments: