Saturday, November 17, 2012

Adinda Sultan Pahang, Ku Tik Faridah Gering

17.11.2012, Sabtu - Hari ini adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.  Yang Amat Mulia Tengku Hajah Faridah binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang berusia dalam lingkungan 62 tahun itu telah menjalani pembedahan pada 01 November lepas dihospital yang sama. Walau bagaimanapun, hari ini YAM Tengku Hajah Faridah atau lebih dikenali dikalangan kerabat diraja Pahang sebagai Ku Tik Faridah mengalami sedikit komplikasi dan dimasukkan ke wad ICU.  Petang tadi Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menziarahi adinda baginda di Hospital Gleneagles.  Gambar diatas merupakan gambar Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah bersama Ku Tik Faridah beberapa minggu lepas selepas beliau menjalani pembedaan. 

Keadaan Ku Tik Faridah masih lagi  tidak stabil dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar Ku Tik Faridah sembuh dari kegeringannya.  Amin. Ku Tik Faridah mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Allahyarham Yang Mulia Ungku Abdul Hamid bin Ungku Mohsin. Selepas YM Ungku Abdul Hamid meninggal dunia, Ku Tik Faridah berkahwin dengan En Omar bin Abdullah atau nama asalnya Jean Paul dan tidak dikurniakan sebarang cahayamata.

Sumber : Tengku Dzulkarnain / Sendiri

No comments: