20.11.2012, Selasa - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Dr Ali Hamsa. Istiadat mengadap diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor. Ketua Setiausaha Negara yang dalam rangka lawatan kerja ke Johor kemudiannya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Tengahari bersama guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Aris Bendahara dan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Majlis diadakan di Institut Tadbir Awam (INTAN) Kluang, Johor.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment