Monday, November 5, 2012

Tuanku Zarah Hadiri Festival Busana Muslim Kuala Lumpur

05.11.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim telah berkenan mencemar duli menghadiri Festival Busana Muslim (IFF) Kuala Lumpur yang berlangsung di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.  Seramai 42 orang pereka terkemuka rantau ini telah menyertai Festival ini yang berlangsung selama lima hari mulai hari ini dengan  mengetengahkan rekaan terkini busana Muslim yang bertemakan 'Hakuna Matta' atau 'Jangan Bimbang'.  Turut kelihatan menghadiri majlis ini adalah pengasas Festival Busana Muslim iaitu bekas artis dan kerabat diraja Kelantan, Shah Reza atau Yang Mulia Datuk Raja Rezza Shah.  Dengarnya pada Khamis ini akan diadakan satu sesi terbuka kepada orang ramai untuk menonton persembahan fesyen yang bermula dari jam 10:30hrs.  Jika berminat datanglah beramai-ramai ke JW Marriott.

Sumber :- Bernama

1 comment:

Unknown said...

cntiknya HRH Zara :)