24.11.2012, Sabtu - Inilah dia wanita yang telah melahirkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar 54 tahun yang lalu. Beliau adalah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom merupakan seorang wanita Inggeris daripada keluarga yang amat dihormati dari Torquay, Cornwall. Yang Amat Mulia dilahirkan di England pada 02 Disember 1935 sebagai Josephine Ruby Trevorrow dan tidak lama lagi akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke- 77 tahun. Shukur Alhamdulillah Yang Amat Mulia kelihatan masih lagi sihat dan bertenaga. Yang Amat Mulia merupakan isteri pertama Almarhum Sultan Iskandar dan berkahwin dengan Almarhum pada 05 Januari 1956 di Istana Bukit Stulang, Johor Baharu, Johor. Mereka berkenalan sewaktu Almarhum Sultan Iskandar melanjutkan pelajaran ke England. Walau bagaimanapun jodoh Yang Amat Mulia dengan Almarhum Sultan Iskandar tidak panjang dan telah berpisah sekitar tahun 1962.
Pada 22 November 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1) kepada Bonda baginda dan dalam masa yang sama juga memberikan gelaran Raja Bergelar kepada bonda baginda dengan gelaran Yang Amat Mulia Enche' Besar. Sunguh mulia hati Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim yang tidak pernah lupa akan jasa dan pengorbanan seorang wanita yang melahirkan baginda kedunia ini. Dirgahayu Tuanku Patik.
Yang Amat Mulia sekarang berada di Muar bagi meraikan sambutan hari keputeraan Sultan Johor yang ke-54 tahun. Sila click entry Syah berhubung gelaran YAM Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
- http://tengkusyah.blogspot.com/2010/11/gelaran-yang-amat-mulia-enche-besar.html
No comments:
Post a Comment