Thursday, November 22, 2012

Istana Tanjung

22.11.2012, Khamis - Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap raja-raja di Malaysia mempunyai kediaman atau dipanggil Istana Hinggap disetiap daerah dibawah  jajahannya sebagai tempat persingahan baginda sewaktu melawat daerah berkenaan. Ini adalah Istana Tanjung yang merupakan Istana Hinggap kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Istana ini terletak didalam Daerah Muar, Johor.  Disinilah tempat persemayaman Tuanku Ibrahim dan keluarga diraja semasa sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang bermula hari ini yang diadakan di Daerah Muar.  Sabtu ini akan diadakan Majlis dan Istiadat Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor oleh Tuanku Ibrahim di Dataran Tanjung Emas. Dengan status Bandar Diraja ini bermakna Bandar Maharani atau juga dikenali sebagai Bandar Muar akan menjadi bandar kedua penting selepas Johor Baharu. Bandar Maharani dibuka pada sekitar tahun 1884 dan nama Maharani itu sendiri diambil sempena nama isteri Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Iberahim.  Bandar Maharani mempunyai 110,000 orang penduduk. 

Sumber :- Kesultanan Johor FB / Wikipedia 

No comments: