28.11.2012, Rabu - Pagi
semalam Syah ada informed bas dari Rawang Residence ke Pekan rosakkan? Malam tadi bas ganti yang sepatutnya jalan
jam 19:30hrs tak dapat jalan kerana bas tu pula yang rosak dan terpaksa naik
bas gantian yang lain. So lewat sampai malam tadi ke Rawang Residence. Pertengahan
jalan pula, pemandu bas gentian tu bertekak dengan seorang pemandu kereta, adalah dalam 5 minit mereka berdrama dan
sebabnya Syah tak pasti kerana Syah duduk dibelakang dan mungkin agaknya kes pemandu
kereta tu marah sebab bas tu memotong kereta dia secara merbahaya. Sebab Syah
ada juga terasa semasa bas memotong sebuah kenderaan, bas bergoyang, tak
tahulah mungkin sebab itu kot? Lagipun mereka bertekak dalam bahasa Tamil.
Memandangkan keadaan bas since semalam tak menentu dan Syah tak mahu ambil
risiko menunggu bas yang tak tiba, Syah
mengambil keputusan untuk jalan kaki sahaja dari Rawang Residence ke KTM
Rawang. Selepas solat Subuh, Syah terus
keluar rumah lebih kurang jam 06:05hrs dan mula jalan kaki sambil berdoa agar
everything going to be ok kerana dari Rawang Residence Syah ke Jalan Utama tu
jalannya sunyi dan macam-macam cerita ada sebelum ini dan kes bunuh pun ada kat
lorong-lorong tu. Tapi dah dua tiga kali Syah jalan kaki seorang dan shukur Alhamdulillah
semuanya ok. Pertengahan jalan
berhampiran Taman Garing Permai ada rupanya bas dan Syah tak naik dan teruskan
perjalanan. Akhirnya Syah sampai ke Jalan Besar approx 06:50hrs setelah
berjalan kaki selama lebih kurang 45 minit. Sampai kat jalan besar Nampak bas
tadi dan Syah buat tak tahu jer dan teruskan perjalanan ke KTM. Bila sampai jalan utama nie senang sedikit
kerana ada orang dan banyak kenderaan.
So Syah jalan kaki ke KTM dalam masa 15 minit.
Sampai sahaja KTM, komuter ke Sungai Gadut
sudah berjalan dan Syah beratur beli tiket.
Masuk jer station Nampak ada komuter dilandasan sebelah dan staff KTM
kata boleh naik kepada kami semua kerana dia tahu kami hendak ke KL. Semua orang bergesas naik jejantas untuk naik
komuter yang akan bertolak ke Bangi.
Shukur alhamdulilah komuter gerak jam 07:10hrs tak silap Syah dan
sempatlah Syah sampai office before 08:30hrs.
Shukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan hari ini. Dah lama Syah tak exercise dan Syah anggap
ini peluang keemasan untuk Syah exercise.
Kalau dah lama tak exercise, biasalah akan terasa sakit sana dan sini
tetapi tak mengapalah yang penting Syah sampai office on time dan dalam masa
yang sama dapat exercise pagi nie. Jalan
kaki nie sebenarnya baik terutamanya jika hendak menguruskan bada dan Syah
pernah buat sebelum nie dan memang Berjaya.
Memang berpelu-peluh dibuatnya
tetapi bila masuk komuter lega sedikit kerana ada aircond. Apa-apapun kita kena senyum seperti gambar
Syah nie kerana senyum tu sedekah……… oklah semua, sehingga berjumpa lagi dilain
entry………
No comments:
Post a Comment