Friday, November 9, 2012

Tak Dapat Update Blog Malam Tadi dan Aktiviti Hari Ini

09.11.2012, Jumaat -  Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua dan malam tadi tak ada entry daripada Syah sebab Syah letih sangat dan lepas balik daripada pasar malam dan makan Syah baring sekejap  dan terus terlelap sampai pagi nie jam 05:00hrs baru bangun. Walau bagaimanapun untung Syah dah solat Insyak sebelum kepasar malam kalau tak Hehehehehhe ............  Sekarang jam 06:09hrs dan Syah nak bersiap dan tunggu bas kat depan Rawang Residence Syah yang akan sampai sat lagi jam 06:30hrs.  Ok semua hingga berjumpa lagi dilain Entry dan pada kaum Adam yang berugama Islam jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer, Insyallah kalau tak ada halangan ingatkan hendak solat kat Masjid Negara hari nie. Byeeeeeeeeeee


Update : 08:20hrs - Syah baru sahaja sampai ke office dan sempat singgah food court beli breakfast.  Pagi nie makan lebih sedikit, Meehon Goreng dan Barli campur Oat.  Hari nie Syah pakai baju hitam lagi.  Heheheh memang minat hitam tetapi favourate color Syah Kuning dan Merah yang merupakan warna rasmi orang-orang Bugis. Perjalanan dari Rawang ke KL Sentral berjalan lancar pagi nie dengan tambang tiket komuter 50% sehingga Oktober tahun depan, Insyallah.  Terima kasih kepada keturunan Raja Bugis yang jadi PM kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional diatas pelbagai kemudahan yang diberikan kepada rakyat.

No comments: