Friday, November 2, 2012

Pembukaan Bangunan Parlimen Oleh Tuanku Syed Putra

02.11.2012, Jumaat - Pada hari ini dalam tahun 1963, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah merasmikan pembukaan bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi bagi negara tercinta kita Malaysia. Kompleks setinggi 18 tingkat yang berharga RM 16 juta ini terletak berhampiran Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana  ini mempunyai dua buah Dewan penting iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rekabentuk bangunan parlimen telah dihasilkan oleh seorang Arkitek daripada Jabatan Kerja Raya. Bangunan Parlimen tersebut 

Semasa majlis perasmian, diadakan juga upacara penerimaan kerusi speaker yang dihadiahkan oleh Parlimen British. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra menyifatkan kerusi tersebut sebagai simbol hubungan erat antara Parlimen Malaysia dengan British khususnya dalam menegakkan demokrasi berparlimen.  DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasmiannya menegaskan bahawa  bangunan Parlimen ini berperanan sebagai sebuah bangunan yang menjadi bukti dan warisan  pegangan demokrasi yang diamalkan dan dipertahankan di negara ini. Titah baginda lagi,  bangunan parlimen ini telah menjadi salah satu kebanggaan rakyat.

Sumber :- Arkib Negara/Wikipedia

No comments: