24.11.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara atau UiTM telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tunku Canselor kepada Salina Muhamad dalam jurusan Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik. Turut serta dalam istiadat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Kemudiannya Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menghadiri sesi fotografi bersama-sama para penerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2012.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment