19.11.2012, Isnin - Salam dan Selamat Malam semua....... Malam nie Syah di Residensi Kak Lang Ella because Bonda Saudara Syah, Bonda Ejone baru sahaja sampai dari kampung semalam. Esok dia ada appointment di HKL. Dah lama Syah tak jumpa Bonda Ejone since Hari Raya Aidilfitri lepas sebab Syah tak balik kampung semenjak raya hari tue. Waktu beginilah Syah gunakan untuk bersama Bonda Ejone sebab itu Syah datang kesini. Esok Syah akan balik semula ke Rawang dan Hari Rabu nanti Syah datang lagi ke Residensi Kak Lang Ella untuk bersama-sama Bonda Ejone. Penat rasanya hari nie dan malam tadi Syah ratah Kari Kepala Ikan yang Kak Lang buat sebab Syah tak makan nasi.
Gambar kat atas tu adalah lunch Syah tengahari tadi. Syah turun food court agak lewat hari nie hampir jam 12:30hrs dan orang sudah penuh beli makanan kerana mereka malas nak makan kat lur sebab hari hujan. Jadi dah tak banyak pilihan lalu Syah beli jer sayur nie. Petang tadi Syah ke TM Annexe 2 dan on the way balik Syah beli Roti Kacang Merah. Pagi tadi Syah masuk office lewat sedikit....... Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ....Selamat Malam semua.
No comments:
Post a Comment