Monday, November 19, 2012

Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah, Tengku Ampuan Selangor


19.11.2012, Isnin - Ini adalah Makam kepada Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam Shah. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Sir Alaaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima yang memerintah dari tahun 1898 - 1938. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah diputerikan sekitar tahun 1899 merupakan puteri kepada Sultan Perak ke-28 iaitu Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar.  Bonda Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah adalah Almarhumah Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah yang merupakan isteri kedua Almarhum Sultan Idris. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah dilantik sebagai Tengku Ampuan Selangor pada 11 Januari 1922.  Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah mangkat pada 08 April 1983 dan telah dimakamkan didalam Kompleks Makan untuk Tengku Ampuan di Makam Diraja Selangor, Klang.  Gambar Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah ini Syah dapat daripada Sam, salah seorang kerabat diraja Perak dalam facebooknya  manakala gambar makam ini Syah ambil sendiri sewaktu ziarah ke Makam Diraja Kelang beberapa tahun lepas.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam Shah semuga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

No comments: