11.11.2012, Ahad - Patik merafak sembah dan junjung kasih sembah tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-43 tahun hari ini Ahad, 26 Zulhijjah 1433H bersamaan 11 November 2012.
Secara ringkasnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad Ke-V merupakan putera sulong kepada bekas Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahaya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Tuanku Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Baharu, Kelantan. Bakal pewaris tahta ini diberi nama Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra. Selepas dimasyurkan Sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 pada 13.09.2010 kerana menggantikan Ayahanda baginda yang turun tahta kerana masalah kesihatan, baginda menggunakan gelaran KDYMM Sultan Muhammad ke-V. Pada 13.12.2011, KDYMM Sultan Muhammad ke-5 telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
KDYMM Sultan Muhammad ke-V pernah berkahwin satu ketika dahulu dengan seorang wanita siam daripada keturunan sebelah bonda baginda dari keluarga Diraja Patani bernama Kangsadai Pipitpakdee atau nama melayunya Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin pada 15.11.2004. Walau bagaimanapun jodoh yang diaturkan ini tidak bertahan lama dan baginda kembali bujang hingga kehari ini.
No comments:
Post a Comment