Wednesday, October 31, 2012

PKDK Buat Kenyataan Berhubung Isu Penyamaran Sebagai Kerabat Diraja Kedah

31.10.2012, Rabu - Semalam Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Dato' Tunku Zainol Rashid Tunku Yahya membuat kenyataan akhbar dipejabatnya berhubung isu kes penyamaran 13 Individu yang berusia 38 hingga 61 tahun sebagai anggota kerabat diraja Kedah dan menmganjurkan Majlis Perlantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja (Pakim Diraja).  Kejadian yang berlaku pada 23 Oktober lepas disebuah hotel di Pulau Pinang melibatkan beberapa orang lelaki berbangsa Cina yang mengaku sebagai kerabat diraja Kedah. Menurut  Dato' Tunku Zainol Rashid, pihaknya mengambil masa yang lama untuk mengadakan sidang akhbar berhubung isu ini kerana tidak mahu menggangu siasatan pihak polis.  

Dalam kenytaannya semalam, Dato' Tunku Zainol Rashid menyatakan suspek utama yang berbangsa Cina  berusia 40-an itu tidak ada kaitan langsung dengan kerabat diraja Kedah.  Malahan katanya, plat pendaftaran dengan lambang PKDK dan Pakim Diraja yang tertera perkataan pengerusi itu tidak sah dan palsu. Tambah beliau lagi, PKDK percaya bahawa ada "orang dalam" PKDK sendiri bersubahat dengan suspek-suspek yang ditahan sehingga suspek-suspek berkenaan berani menyamar sebagai kerabat diraja Kedah dan menganjurkan majlis berkenaan serta secara tidak langsung memperdayakan orang ramai.  Kelihatan Dato' Tunku Zaionol Rashid menunjukkan lambang PKDK yang asli disebelah kiri manakala dikanan pula adalah lambang palsu yang digunakan oleh suspek berkenaan.

Sumber :- Harian Metro

No comments: