16.10.2012, Selasa - Selamat tengahari semua dan apa khabar dah lunch ke belum. Ingatkan hendak lunch macam biasa kat gerai young tau foo tetapi bahan yang Syah biasa ambil tu tak ada lalu Syah ambil sayur dan tempe untuk lunch. Dari pagi semalam Kak Lang Ella Residency tak ada air dan petang semalam air ada tetapi kecil dan tak naik ke tangki dan kami terpaksa mandi pakai air direct paip melalui getah. Pagi tadipun sama juga, entahlah bila agaknya tangki tu nak penuh ataupun mungkin ada masalah lain tersumbat ker? Kak Lang pun tak tahu nak buat macam mana kerana selama nie husband dia jer yang buat semua benda dan sekarang dia menunaikan ibadat haji di Mekah.
Malam tadi pula tikus masuk rumah dan kecoh dibuatnya dan Syah terpaksa bunuh tikus tu dan kemudiannya kemas rumah pula dan cuci lantai tempat tikus tu mati. Alamak............. macam-macam hal lah pulak. Ok lah semua Syah gtg dan hingga berjumpa lagi dilain entry..........
No comments:
Post a Comment