21.10.2012, Ahad - Hari ini Syah buat kerja office di Residensi Kak Lang Ella dan lepas siap kerja Syah, Kak Lang Ella, Firdaus, Ku Chick dan Haziq jalan-jalan ke Bukit Bintang Plaza, Pavillion dan KLCC dan Maghrib tadi baru kami sampai kerumah. Hari nie kepala Syah sakit sedikit dan selepas ambil panadol soluble masa makan kat KFC tadi baru lega sedikit. Haziq belanja kami KFC di KLCC manakala Kak Lang Ella dan Firdaus belanja ice cream Baskin Robbin di Pavi. Breakfast pagi tadi Tosei dan Roti Canai dan Syah pula yang belanja.
Dari Residensi Kak Lang Ella kami naik bas hingga KLCC dan kemudian naik bas Rapid Go KL yang percuma tu untuk ke Bukit Bintang. Lepas puan berjalan, dari Bukit Bintang kami naik bas Go KL juga tetapi tersalah bas dan turun berhampiran di LRT Sentral market dan ambil bas Go KL yang lain untuk ke Bukit Bintang semula dan kemudian dari Bukit Bintang kami naik bas Go KL yang betul ke KLCC. On the way balik tadi hujan renyai-renyai. Dari KLCC tadi Haziq terus balik ke rumahnya di Kampung Baru. hari nie best disebab kan kami lima orang kebanyakan masa kami naik bas we all dapat seat kosong kat belakang bas yang boleh memuatkan 5 orang sekali kecuali masa balik tadi kami duduk berasingan kerana seat dah penuh.
Terima Kasih Haziq, Kak Lang Ella dan Firdaus belanja Syah hari nie. Ok lah semua Syah nak berehat sekejap dan hingga berjumpa lagi dilain Entry............. Byeeeeeeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment