09.10.2012, Selasa - Secara ringkasnya Ini adalah puteri tunggal (buat masa ini) kepada Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Yang Teramat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra dipanggil "Tunku Innah" ini diputerikan pada 08 April 1986. Tunku Innah mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop dan Sekolah Convent Johor Baharu sebelum menyambung pengajiannya diperingkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School di Singapura dan memperolehi "Higher School Certificate". Tunku Inah berminat menunggang kuda semenjak berusia 11 tahun lagi dan mewarisi minat bondanya yang suka melukis.
Tunku Innah juga mengeluarkan rangkaian set penjagaan kuli jenama "Luvins The Royal Art of Beauty" yang dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing, Johor Baharu, Johor. Luvins berasal daripada perkataan "Luv Ina". Jenama yang dicetuskan oleh Tunku Innah ini sesuai gigunakan oleh semua peringkat kaum wanita tanpa mengira usia. Tunku Innah juga merupakan pengarah dan pereka bagi Luvins dan telah mendapat sokongan padu daripada kedua ayahanda dan bondanya. Tunku Innah juga berbakat sebagai pereka fesyen. Produk Luvins boleh didapati di spa dan salun kecantikan dan di Johor Baharu sendiri sudah ada Salun Rambut dan Spa Luvins.
Sumber :- Wikipedia/Kesultanan Johor FB
No comments:
Post a Comment