Monday, October 29, 2012

Princess Madeliene of Sweden Bertunang

29.10.2012, Isnin - Pada 25.10.2012 lepas Princess Madeleine yang merupakan puteri bungsu kepada pasangan Raja dan Permaisuri Sweden His Majesty King Carl XVI Gustaf dan Her Majesty Queen Silvia telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berketuruna US-British, Chris O'Neil. Princess Madeleine yang berusia 30 tahun dalam kenyataannya yang dikeluarkan melalui  website pihak Istana memaklumkan bahawa mereka sangat gembira dan berbesar hati kerana telah bertunang. Princess Madeleine juga memaklumkan bahawa perkahwinan mereka akan berlangsung pada musim panas tahun hadapan.  Walau bagaimanapun tiada tarikh rasmi dikeluarkan berhubung majlis berkenaan.

Pasangan ini bertemu di New York dimana Princess Madeleine menetap semanjak April 2010 selepas putus tunang dengan seorang peguam dari Stockholm.  Punca putus tunang itu dikaikan dengan isu tidak setia kepada Princess Madeleine. Di New York, Princess Madeleine bertugas di Yayasan Kanak-Kanak Sedunia (World Childhood Foundation) yang merupakan sebuah badan amal untuk membantu anak-anak terpinggir yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh bondanya, HM Queen Queen Silvia. O'Neil pula berusia 38 tahun merupakan rakan kongsi Noster Capital yang mempunyai pejabat-pejabat di New York dan London.

Menurut pasangan ini, O'Nell telah melamar Princess Madeleine pada awal Oktober lepas setelah mendapat restu daripada Ayahanda Princess Madeline.  Mereka merancang untuk menetap di New York buat ketika ini.  Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini diatas ikatan pertunangan mereka.  Semuga ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin.

Sumber ;- Royalty nu

No comments: