21.10.2012, Ahad - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenaan mencemar duli merasmikan penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Sebelum penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Sultan Ahmad, Pekan ini dikenali sebagai Muzium Daerah Pekan. Muzium ini digunakan untuk mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan disamping bertujuan memberi pengatahuan kepada umum berkenaan kebudayaan Pahang dan tempat simpanan monumen lama. Kelihatan Tuanku Ahmad Shah berkenan memasang plag logo Muzium Sultan Abu Bakar sebagai simbolik perasmian Penjenamaan muzium ini. Selepas majlis perasmian, Tuanku Sultan Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli melawat galeri pameran yang ada di muzium ini.
Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar dan Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment