Thursday, October 11, 2012

Sultan Selangor Menerima Mengadap Ketua Setiausaha Negara

11.10.2012, Khamis - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor.  Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berada di Shah Alam untuk lawatan kerja ke Negeri Selangor.  Dalam lawatan ini,juga, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa juga turut mengadakan pertemuan dengan penjawat awam Persekutuan dan Negeri Selangor di Intekma Resort.  Kelihatan Tuanku Sultan  berkenan menerima cenderahati daripada Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Sumber ;- Bernama

No comments: