Friday, October 12, 2012

Baginda Queen Elizabeth Sakit Belakang

12.10.2012, Jumaat - Semalam Baginda Queen Elizabeth yang berusia 86 tahun terpaksa membatalkan kehadirannya dalam Istiadat Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran kerana mengalami masalah sakit belakang yang kronik.  Baginda dijadualkan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada 90 orang penerima di Istana Windsor. Memandangkan tahap kesihatan baginda yang tidak memuaskan, para pembantu baginda bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada baginda yang terpaksa berdiri lebih daripada satu jam untuk istiadat ini.  Prince Charles yang berada di Scotland, telah kembali ke London untuk menggantikan tempat bondanya dalam istiadat ini.  Baginda Queen Elizabeth mengalami masalah sakit belakang semenjak beberapa tahun kebelakang ini. Gambar ini adalah gambar terbaru Baginda Queen Elizabeth yang diambil pada Rabu lepas.  Syah mendoakan agar baginda Queen Elizabeth cepat sembuh dari kegeringannya dan  dapat menjalankan segala urusan rasmi baginda seperti biasa.

Sumber :-  Mail Online

No comments: