Thursday, October 11, 2012

Tunku Puan Nora Rasmikan Hospital Sultanah Nora Ismail

11.10.2012, Khamis - Semalam Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail telah berkenan menghadiri majlis perasmian pengisytiharan nama Hospital Batu Pahat kepada nama baharu iaitu Hospital Sultanah Nora Ismail atau HSNI sempena mengambil nama Tunku Puan sebagai bekas Sultanah Johor. Turut serta mengiringi Tunku Puan adalah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan juga merupakan Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid Shirlin.  HSNI telah dinaik taraf  dengan pembinaan bangunan baharu enam tingkat bernilai RM197 juta.

Nampak anggun dan bergaya lagi nenda tiri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ini.  Untuk makluman, sebelum ini Tunku Puan menggunakan gelaran Sultanah Nora Ismail, walau bagaimanapun dengan titah perintah Sultan Johor yang baru iaitu Sultan Ibrahim gelaran Sultanah tersebut diganti dengan Tunku Puan sahaja pada tahun 2011 lepas. Sila click entry Syah pada tahun 2011 berhubung gelaran ini :- http://tengkusyah.blogspot.com/2011/02/gelaran-baru-sultanah-nora-dan-sultanah.html

Sumber : Kosmo

No comments: