25.10.2012, Khamis - Gara-gara sikap kurang ajar seorang seorang wanita berbangsa Cina yang bertugas sebagai pengurus di kilang pakaian Top World, Phnom Penh mengundang padah pada dirinya sendiri. Pada Isnin lepas Wang Zia Cho yang berusia 43 tahun telah merampas dua keping gambar dari seorang pekerja dan mengoyakkannya kerana marah dengan perbuatan pekerja berkenaan yang asik melihat gambar tersebut dan mengabaikan tugasnya. Gambar berkenaan merupakan gambar Mendiang Bekas Raja Kambodia, Putera Norodom Sihanouk yang mangkat di Cina pada 15.10.2012 lepas dalam usia 89 tahun. Sekarang ini Kambodia sedang berkabung diatas kemangkatn ini. Ekoran daripada peristiwa ini, beratus-ratus pekerja kilang berkenaan tidak puas hati dan hampir berlakunya rusuhan.
Tidak sampai 36 jam insiden ini berlaku, Wang Zia Cho telah didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara satu tahun atas kesalahan melakukan kerosakan secara sengaja. Walau bagaimanapun hukuman berkenaan dibatalkan dan beliau akan dihantar pulang ke Cina dengan serta merta dan dikenakan membayar denda sebanyak 2.5 juta riel (USD625.00). Dimahkamah, beliau meminta maaf atas apa yang dilakukannya dan tidak menyangka gambar yang diambil dari pekerjanya itu adalah Mendiang Putera Norodom Sihanouk. Terdahulu beliau telah dipaksa untuk meminta maaf secara terbuka kepada Mendiang Putera Norodom Sihanouk di kuil diraja. Beliau juga telah dipecat daripada jawatannya.
Mendiang Putera Sihanouk merupakan individu yang paling dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Kambodia. Nasib baik insiden ini berlaku di Kambodia dan jika iannya berlaku di Thailand, Wang Zia Cho mungkin menghadapi tindakan undang-undang yang ketat dibawah undang-undang lese majeste dimana rakyat akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat jika menghina Raja dan Keluarga Diraja Thailand. Di Kambodia tidak ada ungang-undang seperti itu dan kes-kes seumpama ini jarang-jarang berlaku di Kambodia.
Sumber :- Royaltynu/Khemrization
No comments:
Post a Comment