Saturday, October 20, 2012

Perdana Menteri Vietnam, Laos dan Kemboja Menziarahi Jenazah Mendiang Putera Norodom Sihanouk

20.10.2012, Sabtu - Semalam kebanyakan pemimpin-pemimpin dari Asia Tenggara telah berangkat ke Kambodia atau Kemboja untuk penghormatan terakhir kepada Bekas Raja Kambodia, Mendiang Putera Norodom Sihanouk yang mangkat akibat serangan jantung pada Isnin lepas bersamaan 15.10.2012 di Beijing, Cina dalam usia 89 tahun.  Perdana Menteri Vietnam, Laos dan Thailand telah menziarahi jenazah mendiang dan menghabiskan masa kira-kira  15 minit di Istana Diraja Kemboja dimana jenazah diletakkan.  Mereka merupakan pemimpin negara asing yang pertama menziarahi jenazah mendiang Putera Norodom Sihanouk semenjak jenazah mendiang dibawa pulang ke Kemboja dari China Rabu lepas. 

Jenazah akan diletakkan di Balairong Seri Istana berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat menziarahi mendiang sebelum Istiadat Permakaman dengan penuh adat istiadat diraja Kambodia diadakan. Kelihatan Perdana Menteri Viatnam, Nguyen Tan Dung memberi ucapan takziah kepada  permaisuri mendiang, Princess Monique atau Queen Mother of Cambodia. Manakala gambar diatas kelihatan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra sedang duduk dihadapan keranda mendiang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang. Proses mengawet jenazah Mendiang sedang dijalankan oleh pakar-pakar dari Cina dan Kambodia sebelum ianya dipamirkan kepada umum untuk penghormatan terakhir. Buat masa ini keranda yang menyimpan jenazah Mendiang masih lagi tertutup.

Sumber :- AFP



1 comment:

Anonymous said...

Salam Syah...selepas King Sihanouk turun dari takhta Kerajaan Kemboja dan melantik anaknya Prince Sihamoni sebagai Raja yang baru. Gelaran yang dipakai ialah HM King Sihanouk, The King Father dan isteri baginda sebagai HM Queen Monique, the Queen Mother of Cambodia. Gelaran ini hampir sama dengan royalty dari Europe yang turun takhta dan diganti oleh pewaris. Oleh itu tiada gelaran putera selepas turun takhta.