Saturday, October 13, 2012

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Sampaikan Darjah Kebesaran Negeri Melaka

13.10.2012, Ssabtu - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob telah menyempurnakan majlis penganugerahan  Penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Melaka.  Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka ini akan diadakan dalam tiga sesi iaiitu hari ini dan esok manakala sesi ketiga akan diumumkan kemudian tarikhnya.  Pada kali ini seramai 578 akan menerima darjah, tauliah bintang dan pingat daripada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka.  Terdahulu TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil telah memeriksa barisan dan kawalan kehormat Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas. 

Kelihatan TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil menganugerahkan pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.  Seramai enam orang lagi dianugerahkan DCSM iaitu Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Azman Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chang Yong Holdings Sdn Bhd Datuk Tan Chang Yong dan Ketua Pegawai Eksekut Digistar Corporation Berhad Datuk Lee Wah Chong.

Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob.

Sumber ;- Bernama

No comments: