Monday, October 8, 2012

Cadangan Perubahan Mengenai Undang-Undang Keluarga Diraja Jepun oleh Pihak Kerajaan Jepun

08.10.2012, Isnin - The Japan Daily Press dalam laporannya baru-baru ini memaklumkan bahawa kerajaan Jepun telah membuat cadangan terhadap perubahan dalam undang-undang yang akan membenarkan kerabat diraja wanita Jepun yang telah berkahwin dengan rakyat biasa mengekalkan status diraja mereka.   .  Dibawah undang-undang keluarga diraja yang digunapakai sekarang ini, mana-mana keluarga diraja wanita yang berkahwin dengan rakyat biasa akan digugurkan status diraja mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak boleh melibatkan diri didalam pelbagai aktiviti keluarga diraja secara rasmi. Keadaan ini dicadangkan untuk mengekalkan jumlah keluarga diraja yang semakin berkurangan dibawah undang-undang sediada. Buat masa ini terdapat 21 orang keluarga Diraja Jepun dimana lapan dari mereka ini adalah wanita dan jika mereka ini berkahwin dengan lelaki biasa, jumlah kerabat Diraja akan menjadi semakin berkurangan.  Perubahan ini juga dilihat sebagai salah satu langkah mengikut peredaran masa diabad ke-21.

Gambar diatas diambil pada tahun 2008 dan memperlihatkan beberapa orang keluarga diraja Jepun iaitu duduk dari kiri, Crown princess Masako, Princess Aiko, Crown Prince Naruhito, Emperor Akihito, Empress Michiko, Prince Akishino, Prince Hisahito, Princess Akishino.  Berdiri dibelakang adalah Princess Kako dan Princess Mako.

No comments: