Saturday, October 13, 2012

Tengku Abdullah Hadiri Majlis Konvokesyen UMP

13.10.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen ke-7 Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pada majlis konvokesyen kali ini seramai 2,075 graduan UMP menerima Ijazah dan Diploma masing-masing. Kelihatan DYTM Tengku Abdullah diiringi oleh Naib Canselor UMP Dato' Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim sedang beramah mesra dengan sebahagian daripada 13 graduan yang menerima Anugerah Cemerlang pada konvokesyen kali ini.  DYTM Tengku Abdulah merupakan Canselor Universiti Malaysia Pahang.

Sumber ;- Bernama

No comments: