Sultan Pahang Saksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Kuantan Waterfront Resort City
18.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayyatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Kuantan Waterfront Resort City yang akan dibina di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kuantan Waterfront Resort City yang berlangsung di Hotel The Zenith, Kuantan ini adalah diantara Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili oleh Menteri Besarnya, Dato' Seri Adnan Yaakob dan Newston International Group Sdn Bhd diwakili CEOnya Dato' Zailan Abdul Ghapar. Projek ini bernilai RM1.6 bilion yang akan dibangunkan diatas tanah seluas 500 ekar dan akan menjadi tarikan destinasi pelancongan terbaru dan paling menarik di negeri Pahang.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment