03.10.2012, Rabu - Hari nie macam biasa Syah dari Kak Lang Residency di Ampang. Jam 06:30hrs Syah dah keluar rumah untuk naik bas dan turun di Ampang Park dan kemudiannya naik LRT ke office. Pagi Syah kerja dan petangnya Syah buat "Dressing" di Assunta Hospital dan lepas tu balik semula ke Ampang dan buat kerja dari rumah. Lately nie biasanya macam tu ler sebab Syah kena buat "dressing". Disebabkan Syah tak balik ke office, Syah bawa semua dokumen yang hendak diproses hari ini untuk dibuat di rumah exspecially Shopping Cart. Beginilah keadaannya didalam "Dressing Room" dan Syah kena meniarap sewaktu buat "dressing" tu. Setelah selesai Syah ke Surau di Hospital Assunta untuk solat Zohor.
Selepas selesai solat, Syah ke kaunter express untuk settlekan bil. Syah solat dulu sebab biasalah GL memang lambat keluar. Semalam Syah solat kat LRT Taman Jaya tetapi hari nie Syah solat di Hospital Assunta sahaja. By the way mereka sediakan surau di Aras 3, bangunan lama hospital berkenaan. Chapel (Gereja) pun ada disediakan di hospital ini. Lepas solat baru Syah ke kaunter bayaran dan GLpun sudah siap. Lepas tu beli puff kat 7E Assunta Hospital sebelum withdraw duit sket. Dari Assunta Hospital Syah jalan kaki ke PJ Old Town untuk ambil bas ke LRT Taman Jaya kerana tak ada bas lalu depan hospital. Biasanya Syah ke Assunta hospital naik LRT dari office (2 station jew) dan kemudiannya ke hospital naik teksi dan baliknya pula naik bas 505 ke LRT Taman jaya. Tambang teksi sekitar RM4.50 manakala bas RM1.00 sahaja.
Dari LRT Taman Jaya Syah turun di Ampang Park dan beli buah betikt dan jajan baru naik bas ke Ampang. Masa tunggu bas di PJ Old Town tadi Syah beli Orange Juice dan Roti Kacang Merah. Sekarang jam 08:12hrs ddan Syah nak solat Insyak jap lagi dan kemudiannya sambung kerja sket. Sket jer lagi tak habis. Ok lah.............. sehingga berjumpa lagi dilain Entry...Selamat malam Semua.
.
No comments:
Post a Comment