26.10.2012, Jumaat - Salam dan Selamat Pagi Serta Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com. Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog Syah nie. Sekarang nie jam 06:33hrs dan Syah baru selesai solat subuh dan sekejap lagi hendak bersiap untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Ubudiah di Ampang Tasik Tambahan. Kak Lang Ella pula sedang sibuk memanaskan rendang dan kuah kacangnya didapur. Since malam tadi Syah di Residensi Kak Lang Ella dan macam biasa Syah bawa balik kerja untuk disiapkan padi hari ini, Sabtu dan Ahad. Senang sedikit buat dirumah coz kita boleh aturkan waktu kerja mengikut kesesuaian kerana kita ada 24 jam sehari maksudnya tak dapat buat pagi kita buat petang dan kita boleh sambung semula pada sebelah malamnya dan taklah membazir waktu perjalanan dan kos pengangkutan ke pejabat. By the way Syah nak kongsi bersama anda semua mengenai keluarga baru kami di Maharum Bugis Syah. Pada 19.10.2012 lepas adik sepupu Syah, Ain melahirkan anak sulung lelakinya manakala semalam pula anak saudara Syah Hafis dapat anak sulung perempuan pula. Dalam bulan nie sahaja Syah dapat anak saudara baru dan cucu saudara baru yang comel-comel ............ ha dah bercucu yek? means dah jadi atuk saudara ........Hehehehehe ............................
By the way pada kedua-dua keluarga baru Maharum Bugis Syah, Uncle dan Atuk yang "hendsome" nie berdoa agar anak-anak semua menjadi anak yang solleh dan berjasa kepada kedua ibubapa dan menjadi kebangaan keluarga.
By the way pada kedua-dua keluarga baru Maharum Bugis Syah, Uncle dan Atuk yang "hendsome" nie berdoa agar anak-anak semua menjadi anak yang solleh dan berjasa kepada kedua ibubapa dan menjadi kebangaan keluarga.
Ini adalah Baby Boy Ain dan Amirie
No comments:
Post a Comment