31.10.2012, Rabu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah diraikan oleh Majlis Wanita Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Puja Usia (Birthday) KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri yang ke-66. Turut serta mengiringi KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat-kerabat diraja perempuan lainnya. Majlis diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Barakas ini dihadiri oleh 700 orang ahli Majlis Wanita Brunei Darussalam dan persatuan-persatuan dibawah naungannya.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment