Wednesday, October 17, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Akan Mengerjakan Ibadat Haji

17.10.2012, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan berangkat menunaikan fardhu haji pada hari Jumaat ini. Hari ini  Tuanku telah menerima kunci ambulans daripada Pengarah Urusan Kumpulan Westar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.  Ambulan berkenaan adalah sumbangan syarikat Westar Maxus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi. Tuanku Abdul Halim sendiri akan menyerahkan ambulan ini kepada pihak Tabung Haji di Mekah nanti. Turut serta menyaksikan penyerahan kunci ambulan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail.

Malam tadi pula Seri Paduka Baginda berdua telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk baginda berdua yang akan menunaikan Fardu Haji. Majlis diadakan di Istana Negara ini turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  Syah mengucapkan Selamat Menunaikan Fardhu Haji kepada Seri Paduka Baginda Berdua Semuga Mendapat Haji Yang Mabrur dan dilindungi Allah Sentiasa.  Amin.
Sumber ;- Bernama

No comments: